Pencapaian selaku raja Jigme_Khesar_Namgyel_Wangchuck

Raja muda ini memulakan pemerintahan yang luar biasa dengan menyaksikan pendemokrasian negara baginda, dengan mengetuai sesi terakhir parlimen ketika itu yang mempertimbangkan undang-undang pengundian, pembaharuan dasar tanah dan pelbagai isu penting yang lain.[11] Baginda pernah bertitah babawa generasi rakyat Bhutan masa ini memikul tanggungjawab memastikan kejayaan demokrasi. Baginda juga banyak menjelajah negara baginda agar menggalakkan orang ramai menyertai pelaksanaan demokrasi akan datang, terutamanya kepada golongan muda mengenai perlunya rakyar Bhutan mencapai peningkatan mutu tidak kira dari segi pendidikan, perniagaan, perkhidmatan awam dan perlunya warga negara kecil ini lebih gigih berusaha berbanding warga negara lain.[12][13]

Baginda menandatangani perjanjian persahabatan baru dengan India pada bulan Februari 2007, yang menggantikan perjanjian lama pada tahun 1949.[14] Kebanyakan inisiatif kerajaan dijalankan oleh raja baru ini yang berazam untuk mengukuhkan sistem agar bersedia mengalami perubhaan demokratik pada tahun 2008. Setelah lama menunggu selesainya pilihanraya parlimen, akhirnya pada bulan Julai 2008 ditetapkan tarikh pemahkotaan baginda.[15][9]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Jigme_Khesar_Namgyel_Wangchuck http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,20867... http://news.smh.com.au/breaking-news-world/bhutans... http://www.bhutan2008.bt/ http://www.bhutanobserver.bt/2008/bhutan-news/01/l... http://www.raonline.ch/pages/bt/pol/bt_polpenlop01... http://www.raonline.ch/pages/bt/visin/bt_royalfam0... http://www.bhutannewsonline.com/monarchy.html http://www.boston.com/news/world/asia/articles/200... http://edition.cnn.com/2008/WORLD/asiapcf/11/05/bh... http://kuenselonline.com/modules.php?name=News&fil...